:: RAKAN NIAGA DISELURUH NEGARA DIPERLUKAN ... HUBUNGI SAYA SEGERA ::.

Pelan Pemakanan semasa DIET


Semasa 2 Minggu Induction:


1.) Elakkan makanan yg tinggi karbohidrat seperti nasi, mi, mihun, laksa, laksa, spagetti, fettucini, kueyteow dan lain-lain yg sejenis.


2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries.


3.) Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.


4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada), kerana buah juga mengandungi gula walaupun gula asli.


5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, minuman berkarbonat(coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!


6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis(boleh lihat kandungan karbohidratnya yang lebih dari 35gm).


7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu.


8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.


9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


Boleh Makan:


1.) Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.


2.) Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.


3.) Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.


4.) Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.


5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.


6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.


7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.


8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je...


9.) Pizza? Makan topping sahaja.


10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.


Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan"!!


Contoh sarapan / Breakfast


1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)


Makan Tengahari / Malam


1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!


Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


Makanan Yang ?Diharamkan? Selama 2 Minggu Induction


1. Minuman bergula seperti jus buah-buahan, air bergas (coke, sprite, pepsi), minuman berkafein seperti kopi, cappuchino, moccha, milo, barli, horlick, dll.
2. Sayuran berkarbohidrat timggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak.
3. Buah-buahan, tak kira apa-apa jenis terutama sekali pisang (23.7 gram karbohidrat sebiji).
4. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
5. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
6. Kek, biskut dan semua produk bergandum.
7. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim.
8. Kekacang, sama ada peanuts, pistachio, dll.
9. Mihun, mi biasa, pasta, spageti, macaroni.
10. Pizza, nachos, tortilla chips, doughnuts dan any other Fast Food.
11. Gula (tak kira gula putih, merah, gula melaka, artificial sweetener, madu lebah).
12. Nasi putih, pulut, brown rice. Setengah pinggan nasi putih ada 22 gram karbohidrat! Kalau 3 pinggan???


nota kurus: Susah masa mula2 aje... (tp, xdela susah pun kan, bukan nye xboleh makan langsung pun.. nak kurus, nak sihat, kene lah berusaha. xpe, sekejap je puasa makan karbo.. lepas tu, anda takkan rasa sia2...percayalah